Sajak Buat Sahabat
Saat kau rebah
Dia bantu kau
Saat kau jatuh
Dia datang menghulur tangan
Kau beri harapan menggunung pada dia
Setinggi gunung Everest
Namun dia pergi sekelip mata
Tinggal kau terkebil terkapai
Mencari kebenaran, mencari tujuan
Kau harap dia sahabat, teman yang akan menarik kau ke syurga jika terlepas
Namun sebaliknya
Kau kejarnya sehingga terluka
Dan kau tidak dapat apa
Yang kau dapat hanya penat dan sakit
Jangkaan kau dia kembali
Rugi sungguh kau
bagai melepas batok di tangga
Tetapi lama-kelamaan kau sedar
Berharap pada manusia tiada guna
Setiap hari kau menangis sujud
Mohon dikurniakan sahabat terbaik
Yang boleh membimbing ke Jannah
Tanpa kau sedar
Kau lebih mengharap pada Allah
Kau makin dekat pada Dia
Setiap saat kau rindu untuk sujud pada-Nya
Ego kau yang tebal kini menipis
Dendam kau yang tebal kini menipis
Kau yakin Dia menguji kau
Kau yakin ada hikmah disebalik yang berlaku
Aku berdoa kau menemui sahabat yang bersahabat dengan kau kerana Allah
Aamin Ya Allah...
Comments
Post a Comment